Tutup

Laporan cadangan pemansuhan hukuman mati siap Januari depan

Kerajaan masih menunggu laporan penuh daripada jawatankuasa khas kajian hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori berhubung pemansuhan hukuman itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, laporan penuh itu dijangka diserahkan Januari depan. Tambahnya setakat ini terdapat beberapa perkara yang perlu diperhalusi sebelum perkara itu dibentangkan di peringkat Kabinet.