Lebih 100,000 kanak-kanak di Sabah diberi suntikan vaksin

Lebih 100,000 kanak-kanak di Sabah berusia 5 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara Malaysia, akan diberi imunisasi dalam usaha menangani penularan virus polio. Tumpuan sama diberikan kepada kanak-kanak yang dilahirkan tanpa dokumen berikutan isu pendatang yang tinggi di negeri itu.