Tutup

Lebih 5,000 jemaah sertai Solat Hajat di Masjid Negara

Lebih 5,000 jemaah menyertai Solat Hajat yang diadakan di Masjid Negara bagi mendoakan keselamatan rakyat Malaysia di Korea Utara. Solat Hajat itu diimamkan Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad yang sebelum itu menyampaikan Khutbah dan mengimamkan Solat Jumaat.