Lelaki OKU rentung selepas kenderaan dinaiki terbakar

Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) rentung dalam kebakaran kereta di kawasan perindustrian Bukit Makmur, di Sungai Petani, petang Ahad. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata pihak bomba mendapati mayat seorang lelaki OKU berusia 38 tahun rentung di dalam kenderaan terbabit.