Tutup

Lelaki warga Indonesia ditikam rakan kerana hutang

Angkara hutang, seorang lelaki warga Indonesia maut ditikam rakan sekerja di Desa Mentari, Petaling Jaya awal pagi, Rabu. Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din dalam satu kenyataan kejadian berlaku pada pukul 11.30 pagi selepas mangsa dikenali sebagai Idris, 45 tahun, selesai minum pagi bersama suspek.