Lembu ketagih air kopi dan biskut

Walaupun haiwan, namun kehidupan harian seekor lembu di Kampung Batu 14, Pokok Sena, Kedah ini penuh dengan kasih sayang. Apatah lagi setiap petang, menjadi rutin harian lembu yang dipanggil Tam ini akan ke halaman rumah tuannya untuk menikmati biskut dan air kopi.