Lensa AWANI (S2 EP10): Gunung Angsi, Negeri Sembilan

Disahkan menghidap sakit polio sejak kecil sehingga menyebabkan kedua-dua kakinya cacat, tidak menjadi halangan buat Azzrulkhan Hasrullah 25, atau lebih mesra dengan panggilan Adam mencabar kemampuan diri bagi memenuhi minatnya mendaki bukit dan gunung. Adam berjaya menawan puncak Gunung angsi pada ketinggian 2,702 kaki dari aras laut atau 825 meter, kira-kira jam 12.30 tgh hari, setelah memulakan sesi pendakian pada jam3.30 pagi.