Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Lesen memandu UNHCR tidak sah digunakan di Malaysia

Lesen memandu Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) yang digunakan pemegang kad UNHCR tidak sah digunakan di negara ini. Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ dalam kenyataan memaklumkan ia tertakluk kepada semua jenis kenderaan motor, selaras dengan Akta Pengangkutan Jalan 1987.