Lima beranak tinggal di pondok usang

Di saat orang lain bermewah dengan pelbagai jenis makanan ketika bulan Ramadan ini, sebuah keluarga di Kampung Lepan Jaya, Gua Musang, Kelantan, hanya makan nasi bersama budu dan ikan kering. Itu kesusahan yang menimpa lima beranak yang tinggal di sebuah pondok usang.