Lima maut kemalangan di Maran

Lima maut, termasuk seorang kanak-kanak lelaki dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di batu 13, Jalan Kuantan-Temerloh, Maran, pada Ahad. Difahamkan, kemalangan membabitkan kenderaan jenis Perodua Myvi, Proton Iswara dan kenderaan pacuan empat roda itu turut menyebabkan tiga lagi cedera.