Liwat rakan tahanan: Buruh mengaku tidak bersalah

Seorang tahanan reman di Pusat Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Tasek Gelugor didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth atas tuduhan meliwat seorang tahanan lain, bulan lalu. Tertuduh, M. Nadarajan, 47 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norhayati Mohammad Yunus.