Lori ais langgar tembok tol, seorang maut

Seorang lelaki maut manakala penumpangnya cedera ringan selepas lori ais yang dinaiki mereka melanggar tembok Tol Lunas Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) dari Kubang Semang menghala ke Lunas, Kulim, pada Isnin. Dalam kejadian jam 7.20 malam isnin, mangsa, pemandu lori terbabit Abdul Rani Abdullah meninggal dunia di tempat kejadian manakala penumpangnya wanita warga thailand berusia sekitar 30-an cedera ringan.