Lori muatan pasir rempuh 13 kenderaan, seorang maut digilis

Seorang lelaki berusia 34 tahun meninggal dunia di tempat kejadian apabila Toyota Hiace yang dipandunya dirempuh di bahagian belakang oleh sebuah lori muatan pasir di Kuala Lumpur pada Sabtu. Dalam kejadian di hadapan sebuah pasar raya di Taman Connaught itu, mangsa dilapor tercampak keluar sebelum digilis selepas kenderaannya dirempuh lori berkenaan.