Lupus kenderaan tiada masalah tapi insentif biar berbaloi

Kerajaan cadang wujudkan dasar baharu mengehadkan jangka hayat kenderaan serta memberi insentif untuk menukar kenderaan sudah uzur. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai jamin, menerusi cadangan tersebut kerajaan mahu mendengar pandangan rakyat mengenai dasar berkenaan agar tidak membebankan mana-mana pihak. Astro AWANI meninjau pendapat orang ramai mengenai cadangan ini.