Tutup

MAHB beri jaminan sistem pengimbas mematuhi piawaian antarabangsa

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) memberi jaminan bahawa semua mesin pengimbas di lapangan terbangnya mematuhi sepenuhnya piawaian keselamatan antarabangsa. Pengarah Urusan MAHB, Datuk Badlisham Ghazali, berkata mesin pengimbas MAHB juga ditentukan mengikut kehendak Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan keperluan Majlis Keselamatan Negara (MKN).