Tutup

Mahkamah benarkan Najib minta pakar sahkan tandatangan

Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta seorang pakar bagi menentukan kesahihan tandatangannya pada tujuh dokumen bank dan syarikat dalam perbicaraan melibatkan dana SRC International Sdn Bhd. Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali berkata, permohonan itu dibenarkan bagi mendapatkan keadilan.