Tutup

Mahkamah tolak rayuan PETRONAS tagguh kes saman SST

Mahkamah Tinggi Kuching hari ini menolak permohonan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) bagi menangguhkan prosiding tuntutan mahkamah yang difailkan komptroler Cukai Jualan Negeri (SST) dan kerajaan Sarawak. Pesuruhjaya Kehakiman Christopher Chin membuat keputusan itu setelah mendengar hujah daripada kedua-dua belah pihak di kamarnya di Kompleks Mahkamah Kuching pada Selasa. Sebelum ini PETRONAS, melalui peguamnya, Datuk Malik Imtiaz Sarwar meminta penangguhan prosiding sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.