Majlis perjumpaan Tun M kecoh diganggu pemandu teksi biadap

Majlis perjumpaan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Persatuan Pemandu Teksi di Langkawi hari ini kecoh seketika apabila beberapa anggota persatuan bertindak keluar majlis dan berteriak kerana tidak setuju dengan pandangan beliau berhubung perkhidmatan E-panggilan, Grab. Sekitar 10 orang pemandu teksi itu berteriak dan mengeluarkan kata-kata kesat sambil berjalan keluar selepas Perdana Menteri berkata beliau akan terus mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan isu berkenaan demi manfaat semua pihak.