Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Malaysia duduki tangga keempat indeks jenayah di rantau Asia

Malaysia menduduki tangga keempat dalam kadar indeks jenayah di rantau Asia, lapor laman pangkalan data Global Numbeo. Bagaimanapun, indeks yang dikeluarkan setakat pertengahan tahun 2020 itu menunjukkan penurunan kepada 58.55 peratus berbanding 60.66 peratus pada tempoh sama tahun lalu. Ia sekali gus menyaksikan kadar keselamatan di negara ini turut meningkat daripada 39.34 kepada 41.45 peratus dalam tempoh sama.