Tutup

Malaysia kalau kuat, nak kenakan sekatan ke atas Trump

Malaysia dan negara Muslim lain perlu sentiasa berwaspada terhadap sebarang kemungkinan sekatan dagangan (sanctions) yang boleh dikenakan ke atas mereka, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Ketika berucap di majlis penutup Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 hari ini, beliau berkata, dunia sudah menyaksikan tindakan beberapa negara tertentu yang membuat keputusan bersifat punitif itu.