Tutup

Malaysia perlu ambil peluang daripada perang dagang AS-China

Malaysia wajar mengambil peluang daripada perang dagangan Amerika Syarikat dan China untuk meningkatkan perdagangan dalam ASEAN. Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Malaysia tidak seharusnya melihat perkara itu sebagai satu krisis, sebaliknya memanfaatkan peluang yang ada dalam usaha merancakkan ekonomi negara.