Malaysia pertimbang beli jet China jika minyak sawit terus disekat EU

Malaysia akan bertindak balas termasuk kemungkinan membeli pesawat pejuang dari China sekiranya Kesatuan Eropah (EU) terus mengenakan sekatan terhadap minyak kelapa sawit dari negara ini. Tegas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekatan berkenaan semata-mata bagi menjaga kekayaan ekonomi eu dan dilakukan secara tidak adil.