Malaysia teruskan bantuan untuk rakyat Palestin

Malaysia akan meneruskan bantuan dan sumbangan untuk umat Islam di Palestin yang terjejas dalam serangan rejim Zionis Israel di Gaza sejak awal bulan ini. Timbalan Menteri Luar Datuk Marzuki Yahya berkata awal tahun ini kerajaan Malaysia telah menghantar bantuan peralatan perubatan bernilai 1.5 juta ringgit ke beberapa hospital di Gaza.