Tutup

Malaysia tidak setuju AS sekat Iran, beri kesan semua negara

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan lantang mengkritik tindakan Amerika Syarikat menyekat iran, melanggar piagam Pertubuhan Bangsa Bersatu PBB dan undang undang antarabangsa. Berucap dalam sidang di Qatar, beliau turut menyatakan bahawa tindakan terbabit bukan hanya memberi kesan kepada satu negara, malah semua negara yang mempunyai hubungan dengan Iran.