Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

#MalaysiaMemilih: Memahami isu keselamatan di Pantai Timur Sabah

Susulan insiden pencerobohan Lahad Datu pada 2013, pelbagai pendekatan diambil kerajaan dalam memastikan benteng keselamatan terjaga, termasuk pelaksanaan kawasan keselamatan khas pantai timur Sabah (ESSCOM). Lima tahun sudah berlalu sejauh mana keberkesanan langkah-langkah yang telah diambil? Bukan mudah memastikan perairan sepanjang 1,400 km dari Kudat ke Tawau itu tidak dibolos kerana kedudukan maritim begitu kompleks dan sukar dikawal selia. Ikuti temubual penuh Tan Su Lin bersama Dr Zaini Othman, Pengarah Pusat Kajian Strategik dan Keselamatan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk mendalami konteks isu keselamatan perairan timur Sabah.