Manfaat ECRL

Penerusan projek ECRL akan memberi impak kepada pembangunan luar bandar di Pantai Timur Semenanjung. Ia juga dijangka merancakkan lagi industri pelancongan khususnya bagi negeri-negeri di Pantai Timur. Ia kerana, projek ECRL yang berfungsi memendekkan perjalanan dari ibu negara akan menyemarakkan lagi kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara ke Pantai Timur. Nada yang sama turut disuarakan kalangan orang ramai di sekitar projek ECRL di empat negeri, iaitu Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Kelantan.