Tutup

Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat

Keadaan banjiir di Kelantan pagi ini menyaksikan mangsa banjir terus meningkat kepada 6,608 orang melibatkan 1,849 keluarga yang dipindahkan di 66 buah Pusat Pemindahan Sementara melibatkan 8 jajahan. Menurut portal info banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM, jajahan Pasir Mas mencatatkan bilangan mangsa banjir tertinggi iaitu 3,243 melibatkan 973 keluarga yang dipindahkan di 18 buah Pusat Pemindahan Sementara.