Tutup

Mangsa banjir Melaka meningkat lebih 3,000

Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di 13 pusat pemindahan banjir di Melaka meningkat kepada 3,092 orang setakat jam 12 tengahari tadi. Ia berbanding 2,659 orang daripada 587 keluarga jam 8 pagi tadi. Menurut Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Melaka tujuh pusat penempatan banjir dibuka di Alor Gajah dan masing-masing tiga di Melaka tengah dan Jasin.