Mangsa ditampar polis akhirnya dapat keadilan

Mahkamah Sesyen Kota Bharu mengarahkan Kerajaan Malaysia untuk membayar ganti rugi sebanyak RM120,400 kepada seorang buruh, Mohd Faizu Ramli, yang ditampar anggota polis sehingga telinga kirinya pekak. Tuntutan ganti rugi am itu bagi kecederaan yang dialami mangsa 32 tahun itu akibat ditampar oleh Lans Koperal Mohd Erman Ahmad empat tahun lalu.