Tutup

Manifesto BN Sabah ambil serius isu Perjanjian Malaysia

Intipati manifesto Barisan Nasional (BN) Sabah bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) mengambil serius isu Perjanjian Malaysia (MA63) yang sudah lama diperjuangkan oleh rakyat di negeri ini. Manifesto yang diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman jelas menunjukkan keikhlasan pemimpin di Sabah dalam memperjuangkan hak-hak istimewa masyarakat di negeri ini.