Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Mansuh SOSMA: Hanipa cabar Zahid berdebat di Astro AWANI

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin sekali lagi mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berbahas mengenai isu pemansuhan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA). Malah beliau juga mahu perbahasan itu ditayangkan di saluran berita Astro AWANI. ?Saya berharap Ketua Pembangkang akan menerima cabaran saya untuk berdebat, bukan kerana saya pandai tetapi supaya kita boleh memaklumkan kepada orang ramai,? jelas beliau ketika diwawancara menerusi program 100 Hari Malaysia Baharu terbitan Astro AWANI pada Ahad. Katanya, beliau sudah menerima pelbagai memorandum dari badan bukan kerajaan (NGO) yang mendesak SOSMA dimansuhkan dan menjadi tangungjawab beliau untuk mendengar pelbagai pihak mengenai cadangan pemansuhan SOSMA. Beliau turut menegaskan sudah wujud pelbagai undang-undang sedia ada yang boleh menjamin ketenteraman negara dari sebarang ancaman. ?Kalau katakan wujud kelemahan dalam undang-undang sedia ada, maka kita boleh buat pindaan untuk lebih mudah untuk disabitkan, tetapi jangan sampai kita buat undang-undang yang lansung tidak pentingkan hak, kebebasan dan maruah sesorang,? katanya. Sebelum ini Selain Zahid, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan turut mahu SOSMA dikekalkan.