Masjid besar Paris mahu sijil halal JAKIM

Pihak Pengurusan Masjid Besar Paris atau The Grand Mosque Of Paris ingin mendapatkan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi mengiktiraf pusat penyembelihan mereka. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, hasrat itu disuarakan rektor masjid tersebut, Dr Dalil Boubakeur, ketika lawatannya ke masjid itu pada Selasa.