Tutup

Mat Sabu, Salahuddin kekal Presiden dan Timbalan Presiden Amanah

Hari Kedua Konvensyen Nasional Amanah 2019 diteruskan dengan menyaksikan Jawatankuasa Pemilihan Nasional telah memutuskan lima jawatan tertinggi parti Amanah bagi penggal 2019-2022. Mereka sebulat suara memutuskan untuk mengekal Mohamad Sabu sebagai Presiden parti itu bagi penggal 2019-2022. Selain Mohamad, AJK Pimpinan Nasional Amanah juga mengekalkan Datuk Seri Salahuddin Ayub sebagai Timbalan Presiden.