Maut digilis kenderaan selepas rempuh treler

Seorang kakitangan Perodua, Rawang maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh belakang sebuah treler muatan simen di Kilometer 15.2, Kundang menghala Puncak Alam pagi tadi. Kemalangan berlaku kira kira jam 7 pagi tadi ketika mangsa, Mohd Firdhaus Hashim dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bandar Tasik Puteri, Rawang selepas bertugas syif malam.