Maut hempap pokok ketika berkhemah

Aktiviti perkhemahan melibatkan dua lelaki bersaudara di Teluk Bahang, Pulau Pinang berakhir dengan tragedi apabila salah seorang dari mereka maut akibat dihempap pokok petang Isnin. Dalam kejadian di Pantai Teluk Kampi itu, mangsa Teoh Ah Thiu, 66 tahun maut serta-merta.