Mekanik parah kena tetak

Seorang mekanik parah selepas ditetak individu yang tidak dikenali dalam kejadian Kampung Paya Rawa, Besut pada Khamis. Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu menyebabkan mangsa yang berusia 61 tahun cedera di lengan kanan, luka di lengan kiri dan luka di kaki kanan.