Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Melaka laksana pembenihan awan dua hari

Operasi Pembenihan Awan (OPA) dilaksanakan di Melaka hari ini susulan keadaan paras air di kolam tadahan dan empangan termasuk empangan utama di Durian Tunggal terus menunjukkan penyusutan. Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam Negeri, Datuk Mohd Sofi Abd Wahab berkata, operasi tersebut sebagai usaha menghasilkan hujan itu dilakukan pada hari ini dan esok.