Tutup

Melaka terima tujuh aduan berkenaan susu formula tiruan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Melaka menerima 7 aduan daripada pengguna berkaitan susu rumusan bayi tiruan dalam tempoh dua minggu sehingga semalam. Menurut Pengarah KPDNKK Melaka, Jaiya Abu, susulan itu, pihaknya telah memeriksa 3 premis di daerah Melaka Tengah yang didakwa menjual susu tiruan.