Mengapa anda perlu tonton Semarak Pertiwiku, pementasan teater tentang gejala rasuah

Ini jawapan yang diberi oleh pelakon Shah Kimin, pengarah Azri Ali dan Ketua Seksyen Penerbitan SPRM, Norizan Abu Samah apabila ditanya mengapa orang ramai perlu menonton pementasan teater Semarak Pertiwiku yang menceritakan tentang gejala rasuah. Semarak Pertiwiku yang dipentaskan di Istana Budaya pada 30 dan 31 Januari merupakan hasil kerjasama SPRM bersama Istana Budaya.