Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Menjelang Aidilfitri: Kawalan pintu masuk sempadan di Kelantan

2 hari sebelum Aidilftri, dan pihak berkuasa melipat gandakan usaha mereka mengawal sempadan negeri dengan jangkaan pergerakan orang ramai akan meningkat walaupun dengan penguatkuasaan PKPB. Di Kelantan, satu negeri yang sering kali menyaksikan bilangan orang balik kampung yang tinggi sewaktu Aidilfitri, jumlah kenderaan luar yang memasuki pintu masuk Gua Musang mula meningkat sejak semalam. Kesesakan jalan sepanjang 1 kilometer berlaku dari arah jalan Kuala Lipis - Gua Musang menuju ke sekatan jalan raya di Kampung Tanah Putih. Tinjauan mendapati, pihak polis juga lebih tegas di kawasan-kawasan sekatan jalan raya. Dan pengguna jalan raya yang dibenarkan melepasi kawasan sekatan perlu melakukan ujian saringan COVID-19 terlebih dahulu, sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi yang dipohon. Muhafandi Muhamad, wakil Astro AWANI Kelantan.