Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Menjelang Aidilfitri: Pasar basah jadi tumpuan orang ramai

Tidak sampai 24 jam sebelum umat Islam di Malaysia menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri, beberapa lokasi pasar basah menjadi tumpuan orang ramai dalam membeli barangan keperluan untuk esok. Dan di Pokok Sena, Kedah, Pasar Pokok Sena mula dibanjiri pengunjung termasuk terpaksa berbaris panjang sejak awal pagi tadi bagi tujuan terbabit. Untuk perkembangan disana, wakil Astro AWANI Kedah, Abdul Hadi Che Awang kini di Pokok Sena.