Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Menjelang lawatan Tun Dr Mahathir ke Austria

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi pemimpin Malaysia pertama negara dijemput menyampaikan ucaptama dalam Persidangan Agung dan Mesyuarat Tahunan ke-10 Persatuan Pihak Berkuasa Anti-Rasuah Antarbangsa (IAACA) pada 22 Januari ini di Vienna, Austria. Menurut Duta Besar Malaysia ke Austria juga wakil tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di Vienna, Datuk Ganeson Sivagurunathan, ia menunjukkan bahawa dunia mahu belajar daripada usaha tekad kerajaan baharu Malaysia dalam memerangi korupsi.