Tutup

Video  | 

Menteri, KSU jangan 'masam muka' - Tun Mahathir

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan mana-mana menteri Kabinet agar tidak mewujudkan masalah dengan Ketua Setiausaha (KSU) kementerian masing-masing bagi melancarkan pentadbiran kerajaan. Jelasnya, beliau menyedari bahawa konflik berlaku mungkin disebabkan sesuatu perkara, namun setiap permasalahan yang timbul perlu diselesaikan secara bersama.