Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

MIDA bentuk pasukan khusus promosi pembangunan sepanjang projek ECRL

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menubuhkan sebuah pasukan khusus untuk mempromosi pembangunan taman-taman perindustrian, infrastruktur, hab logistik dan pembangunan berorientasikan transit di sepanjang Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). MIDA dalam kenyataan hari ini berkata pasukan itu ditubuhkan bagi memudahkan, menilai dan mengkaji semula pelaksanaan Projek-Projek Pemecut Ekonomi (EAP) di sepanjang koridor ECRL.