Tutup

Militan DAISH tukar taktik perjalanan ke Syria

Militan DAISH mula mengubah modus operandi dengan menjadikan umrah sebagai alasan untuk ke Syria selepas taktik menjadikan Istanbul sebagai transit ke Syria gagal. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, mereka juga dikesan menggunakan kaedah komunikasi lain seperti telegram bagi menyukarkan dikesan.