Tutup

Miri catat IPU 368 sehingga 5 pagi

Kualiti udara di Miri, Sarawak terus berada pada tahap berbahaya dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara, IPU melebihi 300. Menurut data yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar, JAS, bacaan IPU di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri, masih berada pada tahap berbahaya dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) meningkat sedikit kepada 379 setakat 7 pagi ini, berbanding 368 pada 5 pagi tadi.