Misteri pokok petai menangis terjawab

Misteri pokok petai yang mengeluarkan air pada waktu malam kini terjawab apabila seorang Ahli Zoologi dari Universiti Malaysia Sabah memberikan pencerahan fenomena itu. Ianya disebabkan oleh serangga yang dikenali sebagai Cicada atau riang-riang yang kencing setelah menghisap lebihan air dari pokok tersebut.