Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

MKN wajibkan semua individu tanda tangan surat caj kuarantin

Dalam pada itu, Majlis Keselamatan Negara turut membuat keputusan mewajibkan semua individu yang ingin pulang ke tanah air untuk menandatangani surat setuju pembayaran. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, surat setuju pembayaran 50 peratus bagi warganegara Malaysia dan 100 peratus bagi bukan warganegara Malaysia boleh dibuat melalui Pejabat Kedutaan Malaysia yang terdekat.