Tutup

Model estet padi Vietnam boleh dijadikan contoh

Beberapa model dapat diketengahkan untuk merancakkan penanaman padi di negeri Kedah. Exco Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Azman Nasrudin mencadangkan beberapa modul seperti dilakukan Vietnam ketika ini dan juga Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) untuk diterapkan dalam estet padi di Kedah. Katanya, Vietnam merupakan negara tamadun padi yang terawal dirantau ini dan mereka telah berjaya meningkatkan pendapatan petani dengan mewujudkan estet padi di negara itu.