Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Mohd Shafie sebagai PM, Anwar dan Mukhriz calon TPM 1, 2

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendedahkan bahawa cadangan menamakan Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal turut dipersetujui beberapa pemimpin kanan Pakatan Harapan lain. Dalam siaran langsung di Facebook rasmi beliau, Dr Mahathir berkata, persetujuan itu dicapai dalam satu pembincangan tidak formal antara Shafie, Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu, Pengerusi DAP Tan Kok Wai, dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng. Selain itu, beliau berkata, mereka turut bersetuju menamakan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Timbalan Perdana Menteri 1, dan anak beliau Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebagai calon Timbalan Perdana Menteri 2.